Page 1 of
Loading PDF…

Latest Statement:

Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM Kepada YB Menteri KPKT


PUTRAJAYA, 9 November 2021 – YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Majlis penganugerahan pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya.

Statements:

PLANMalaysia Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBoR) Bagi Penyediaan Pelan Guna Tanah Terpantas


PUTRAJAYA, 2 November 2021 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) hari ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBoR) di atas pencapaian Penyediaan Pelan Guna Tanah Terpantas bagi Bandar Kuala Kubu Bharu dengan konsep “From Garden City to Smart Garden City” dalam tempoh 1 jam.

Aspirasi Malaysia Berdaya Huni: “Residensi Pauh Permai Diiktiraf Capai Kualiti Terbaik CIDB Sedia Untuk Didiami"


PERMATANG PAUH, 30 Oktober 2021 – YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengadakan “Tinjauan Mesra Keluarga Malaysia” ke Residensi Pauh Permai, Permatang Pauh dan seterusnya menyerahkan kunci rumah kepada 10 orang pemilik di majlis tersebut.

Penjelasan KPKT Berhubung Laporan “HBA Bingung, Jumlah Projek Rumah Terbengkalai Tak Sama” Oleh Free Malaysia Today


PUTRAJAYA, 22 OKTOBER 2021 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ingin merujuk laporan portal berita, Free Malaysia Today oleh wartawan Jason Thomas bertarikh 22 Oktober 2021 jam 9.00 pagi bertajuk “HBA bingung, jumlah projek rumah terbengkalai tak sama”. Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mempersoalkan perbezaan antara jumlah projek rumah terbengkalai yang dimaklumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican di Parlimen dengan angka yang disenaraikan pada laman sesawang kementerian.

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Projek Rumah Mampu Milik Ideal Residency, Bukit Gelugor, Pulau Pinang


BUKIT GELUGOR, 16 Oktober 2021 – YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang pada pagi ini meninjau kerja-kerja pembinaan Rumah Mampu Milik PR1MA - Ideal Residency dan seterusnya menyerahkan surat tawaran kepada 20 orang bakal pembeli di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Turut hadir ialah YB Tuan Jagdeep Singh Deo, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang.

Projek Impiana Sky Residensi, Bukit Jalil Di Bawah Skim MyHOME Sedia Untuk Didiami


PUTRAJAYA, 11 Oktober 2021 – YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada petang ini meninjau Projek Impiana Sky Residensi Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan seterusnya merasmikan surau di pangsapuri tersebut.

Penerima Manfaat Rumah IKRAM Keluarga Malaysia Mula Duduki Kediaman Di PPR Lembah Subang 2, Selangor


SELANGOR, 7 Oktober 2021 - YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini menyerahkan kunci kepada sembilan orang penerima manfaat Rumah IKRAM Keluarga Malaysia yang akan mula menduduki kediaman di Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, Selangor.

Penafian Iklan Pemberi Pinjaman Wang Di Bawah Skim Pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


PUTRAJAYA, 6 OKTOBER 2021 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) MENAFIKAN IKLAN TAWARAN PEMBERI PINJAMAN WANG YANG MENAWARKAN SKIM ‘PINJAMAN KWSP’ yang tular di laman web dan media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. KPKT telah mengesan iklan-iklan yang menyasarkan pemilik akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menggunakan nama Syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen atau Kredit Komuniti yang berdaftar di bawah KPKT.

Program Penutup Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Outreach 1.0


GEORGETOWN, 3 Oktober 2021 – YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berkesempatan meninjau proses pemberian vaksin sempena Program Penutup Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Outreach 1.0 di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang pagi ini.

Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12): KPKT Komited Dalam Menjadikan Malaysia Berdaya Huni


PUTRAJAYA, 30 September 2021 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan matlamat Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) seperti mana yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri pada 27 September 2021 yang lalu.

Majlis Pelancaran Rumah IKRAM Keluarga Malaysia Oleh YAB Perdana Menteri


PUTRAJAYA, 24 September 2021 – YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri telah menyempurnakan MAJLIS PELANCARAN KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA) secara hybrid di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) petang ini.

Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) Untuk Rakyat Yang Terkesan Akibat Covid-19


PUTRAJAYA, 15 September 2021 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican pada hari ini memperkenalkan program “INISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA” atau RUMAH IKRAM KPKT sebagai satu lagi usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

Housing And Local Government Minister Opens Malaysia Urban Forum 2021 With Better Cities For All With Covid-19


KUALA LUMPUR, 6 September 2021 – Malaysia Urban Forum 2021 (MUF2021) opens today and was officiated by The Secretary General of The Ministry of Housing and Local Government (KPKT), YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan with a strong call in building better cities for all with COVID-19. This year’s MUF2021 is Malaysia’s third urban forum hosted by URBANICE Malaysia, a CLBG under the Ministry of Housing and Local Government.

YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican Memulakan Tugas Secara Rasmi Sebagai Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan


PUTRAJAYA, 1 September 2021 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengalu-alukan ketibaan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada pagi ini.